suria

Gara-gara terlalu lama dalam tandas, wanita mahu perkenal sistem tiket, kejutan elektrik

Gambar hiasan.

SEORANG ibu secara berseloroh memberitahu dia akan mula mengeluarkan tiket tandas untuk keluarganya, gara-gara menghabiskan masa terlalu lama di dalam tandas.

Dia mendakwa setiap kali dia cuba menggunakan tandas, sama ada suaminya atau salah seorang anak-anaknya sedang menggunakannya.

Katanya, dia menggunakan tandas dalam tempoh paling singkat berbanding ahli keluarganya yang lain.

Malah menurutnya, dia tidak tahan lagi untuk asyik menunggu giliran.

Membincangkan isu tersebut, dia memberitahu mungkin akan mengeluarkan slot masa dan 'punch card' untuk membuatkan mereka mengurangkan masa di dalam tandas.

Malah, antara pilihan lain adalah menyediakan sistem elektrik pada tandas, iaitu mereka yang duduk di mangkuk tandas lebih lima minit akan menerima kejutan.

Menulis kepada laman web keibubapaan Mumsnet, wanita itu berkata: "Kami mempunyai satu tandas, terletak di dalam bilik mandi.

"Saya dah bosan menunggu, dan saya akan mula mengeluarkan slot waktu dan punch card.

"Atau adakan sistem elektrik dan sesiapa yang berada lama lebih 5 minit, mereka akan dapat kejutan," katanya.

Ibu bapa lain mendapati ideanya melucukan dan segera menawarkan pelbagai cadangan alternatif. - Mirror UK

tandas

Artikel Lain