suria

Gara-gara terpukau, pelancong telan cincin berlian

Cincin berlian. Foto Pixabay/ColiN00B

SEORANG lelaki warga Ireland menelan sebentuk cincin berlian di sebuah kedai barangan kemas di Tukri gara-gara terpukau dengan kecantikan berlian itu.

Dia memberitahu pendakwa dia dalam keadaan tidak sedar semasa melakukannya.

Ian Campbell yang melancong ke resort Marmaris di Turki, ditahan pada 4 Oktober 2018, selepas menelan sebentuk cincin berlian bernilai AS$$40,000 (RM164,472) di sebuah kedai barangan kemas.

Saksi kemudian memberitahu polis bahawa Ian menelan berlian secara tergesa-gesa selepas menyedari dia akan ditahan kerana mencurinya.

Pendakwa mengarahkan polis untuk membawa Ian ke hospital, bagi membantu mengembalikan cincin berlian 2.5 karat itu dengan cara membuang air.

Bagaimanapun, ia tersangkut dan memerlukan pembedahan bagi mengeluarkannya.

Pihak berkuasa membuat kertas siasatan terhadap Ian, dan pada minggu lalu media tempatan melaporan beberapa petikan keterangannya kepada pendakwa.

"Saya terpukau bila melihat berlian," kata pelancong warga Ireland itu.

"Jurujual emas memberitahu sesuatu kepada saya tetapi saya tidak dapat mendengarnya kerana terpukau. 

"Bila saya tersedar, saya dapati saya telah menyembunyikan sebutir berlian di dalam poket dan saya telannya dalam keadaan panik kerana jurujual mula mencarinya," tambahnya. - odditycentral

berlian

Artikel Lain