suria

Lapan pengantin pelik dikahwini manusia... termasuk hantu, lampu dan 'roller coaster'

Amanda Liberty mencium lampu candelier kegemarannya, Lumiere. Foto Caters News Agency

PERKAHWINAN merupakan salah satu tradisi tertua di dunia. 

Ia merupakan acara untuk meraikan dua individu bersatu menyemai kasih dan cinta mereka, serta menghabiskan hidup bersama sehingga akhir hayat.

Bagaimanapun, ada yang berasa cemas sekiranya terpaksa hidup keseorangan selama-lamanya, menyebabkan mereka mencari pasangan.

Sebelum, dilaporkan seorang wanita merancang untuk berkahwin selimutnya, tetapi ia tidak dilihat sebagai perkahwinan yang memerlukan dua manusia.

Namun ada yang memilih untuk 'berkahwin' dengan pelbagai perkara dari objek tidak bernyawa sehingga haiwan.

Di bawah ini merupakan 'pasangan pelik' mereka:

1. Noorul Mahjabeen Hassan - Permainan video Tetris.

Noorul Mahjabeen Hassan tertarik kepada objek, dan telah menjalinkan hubungan bersama sebuah kalkulator yang dinamakannya sebagai Pierre.

Dia mengakui turut tertarik kepada monorel, iPod dan sistem GPS.

Gadis berusia 20 tahun itu merancang untuk berkahwin dengan permainan Tetris selepas tamat pengajian dari Universiti Florida.

Pascale Sellick bersama selimutnya yang akan dikahwininya bulan depan. Foto SWNS

2. Pascale Sellick - Selimut.

Pascale Sellick, 49, mendakwa selimut merupakan hubungannya yang paling intim dan boleh dipercayai setakat ini.

Malah dia pernah menganjurkan majli mewah dengan bantuan perancang perkahwinan bagi meraikan cintanya pada selimut itu.

3. Amanda Sparrow Large - Hantu Lanun.

Seorang wanita yang berkahwin dengan hantu lanun mendedahkan dia berpisah dengan suaminya yang berusia 300 tahun, dan mengeluarkan satu amaran.

Amanda berkata, dia menemui pasangannya itu yang merupakan lanun dari era 1700, yang dihukum mati kerana mencuri di laut.

Mereka mengikat tali perkahwinan di sebuah bot di perairan antarabangsa Ireland.

Amanda Sparrow berkahwin dengan hantu lanun. Foto Triangle News

4. Laura Mesi - Diri sendiri.

Terdapat ungkapan mengatakan sekiranya anda tidak menyayangi diri sendiri, bagaimana anda boleh menyayangi orang lain?

Jurulatih kecergasan warga Itali, Laura Mesi meraikan majlis perkahwinan ala kisah dongeng... dengan dirinya sendiri.

Dia pernah mengatakan kepada dirinya dua tahun lalu selepas hubungan yang terjalin sebelum ini berakhir, iaitu sekiranya masih bujang pada usia 40 tahun dia akan akan berkahwin dengan dirinya sendiri.

5. Amanda Liberty - Lampu Candelier.

Amanda Liberty yang berasal dari Leeds, England memenuhi rumahnya dengan 25 lampu gantung.

Wanita berusia 33 tahun itu mengadakan 'hubungan' bersama lampu-lampu candeliernya dan 'bertunang' dengan sebuah lampu berukuran 28 inci bernama Lumiere selepas membelinya di laman web eBay.

Dia memberitahu, ia merupakan cinta pandang pertamanya selepas membeli barangan antik tersebut dari Jerman, dan 'dimandikan' dengan pelukan dan ciuman.

6. Amanda Rodgers - Anjing.

Pemilik anjing, Amanda Rodgers mengahwini haiwan peliharaannya baka Sheba pada Ogos 2012.

Dia yang berasal dari selatan London pernah berkahwin dengan manusia 20 tahun lalu tetapi hubungan mereka tidak panjang.

Di hadapan 200 tetamu, dia berjalan bersama anjingnya dalam majlis perkahwinan di Split, Croatia.

7. Sal9000 - Watak permainan video.

Seorang pengantin lelaki daari Jepun mengahwini pasangan fantasinya yang merupakan watak permainan video.

Pasangannya itu bernama Nene Anegasaki, daripada permainan dating maya oleh Nintendo DS iaitu Love Plus, dan berkahwin pada November 2009.

Sal 9000 berkahwin dengan watak permainan video, Nene Anegasaki. Foto Youtube

8. Amy Wolfe - Permainan taman tema.

Berkahwin dengan objek tidak bernyawa pastinya dapat mengurangkan tekanan dalam rumah tangga.

Amy Wolfe yang berasal dari New York, Amerika Syarikat akhirnya menjalinkan hubungan bersama permainan 'roller coaster' di taman tema.

Permainan yang bernama 1001 Nacht, di Pennsylvania bukanlah cinta tidak bernyawa pertamanya.

Dia sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan model kapal angkasa dan jeriji. - Mirror UK

Artikel Lain