SEORANG abang sanggup mengahwini adik kandungnya sendiri menggunakan dokumen palsu bagi memulakan kehidupan baharu bersama-sama di luar negara. Namun mereka berkahwin bukan atas dasar cinta tetapi mahu berhijrah ke Australia melalui penipuan Imigresen. Adik-beradik itu meyakinkan sebuah mahkamah untuk mendaftarkan hubungan mereka di Punjab, negara bersempadan dengan Pakistan dengan dokumen milik sepupu mereka yang mempunyai visa Australia. Pasangan itu kemudiannya mengembara ke Australia sebagai suami isteri di mana mereka diberikan visa pasangan negara itu, lapor The Australian. Inspektor polis Jai Singh berkata,"Mereka menipu sistem sosial, perundangan dan agama, semua dilakukan untuk kegilaan, keinginan dan hasrat untuk pergi ke luar negara. "Kami melakukan serbuan tetapi mereka melarikan diri dan kami tidak dapat menahan sesiapa," katanya. Jai berkata polis telah membuka enam kes siasatan terhadap enam individu yang terlibat dengan penipuan Imigresen. Namun katanya, pasangan adik-beradik yang berkahwin dalam usaha untuk mengembara ke luar negara tidak pernah berlaku sebelum ini. "Abang dan adik (perempuan) berkahwin adalah yang kes pertama dan kami amat terkejut mengenainya," kata Jai. Seorang jurucakap Jabatan Menteri Dalam Negeri berkata: "Semua identiti yang disediakan dengan permohonan visa diperiksa dengan teliti... dan jika perlu disahkan dengan pihak berkuasa berkaitan di negara pengeluar." Menurut jabatan itu lagi, mereka tidak mempunyai kuasa ke atas pasport luar negara yang tulen yang diperoleh menggunakan dokumen penipuan. - Mirror.co.uk