SEORANG remaja perempuan berusia 13 tahun membunuh diri menggunakan senapang milik bapanya selepas bermain permainan video Blue Whale Game, dakwa keluarga mangsa. Emine Karadag meninggalkan lukisan berupa ikan paus dan satu senarai 25 perkara yang perlu dilakukan sebelum mati, berserta arahan daripada fenomena rangkaian sosial kontroversi itu yang dikaitkan dengan beberapa kes bunuh diri dari seluruh dunia. Ahli keluarganya, Emine ditemui mati di atas katil di kediamannya di Adana, selatan Turki. Remaja itu meninggalkan nota menyayat hati yang dikatakan merujuk kepada permainan video Blue Whale Game. Foto AsiaWire Menurut beberapa laporan, polis menemui buku nota yang mengandungi kenyataan "Bunuh diri adalah melepaskan diri, di lokasi kejadian. Para pemain Blue Whale perlu mengikuti siri 50 arahan, yang menyaksikan aturan daripada menonton filem seram atau bermain muzik dengan kuat sehingga tugasan lebih ekstrem seperti mengambil pil, memukul diri sendiri dan arahan terakhir untuk membunuh diri. Dipercayai ia bermula di Rusia di mana ia dikaitkan dengan 130 kes bunuh diri, dan terdapat laporan mengenai remaja bermain permainan itu begitu jauh dari Itali ke Iran, dan Bulgaria ke Bangladesh. - Mirror UK