TIDAK sampai sebulan 2019 membuka tirainya, senarai nama bayi paling paling pelik dan unik untuk tahun ini sudah pun dikeluarkan. Berbeza dengan kebanyakan ibu-bapa yang memilih nama dengan maksud baik, segelintir pasangan bagaimanapun memilih haluan bertentangan. Gemarkan kelainan, perkataan pelik seperti jenama produk, nama makanan dan virus dipilih sebagai nama bayi mereka. Kedengaran tidak masuk akal, namun realitinya ia memang wujud dan 10 nama paling unik tahun ini sudah pun dipilih. Yang paling pelik tentunya Chlamydia, sejenis penyakit jangkitan seksual. Tergamak menamakan anak mereka sempena virus itu, bagaimanapun tiada penjelasan lanjut daripada pasangan tersebut. Selain itu, ada juga yang menamakan anak mereka sempena jenama fesyen seperti Armani dan Diesel. Berikut merupakan 10 senarai nama bayi paling pelik untuk bulan pertama tahun 2019. 1. Diesel 2. Armani 3. Chlamydia 4. Lettuce 5. Champagne 6. Sparkle 7. Magic 8. Bon-Quisha 9. Aquamarine-Melody 10. Django-Wolf Senarai dikeluarkan oleh Netmums.com. - Daily Star.