SEORANG ibu kehilangan hak penjagaan tiga anak selepas dirakam memukul anak bongsunya yang meminta secawan teh. Daniela Galarza hilang sabar apabila anaknya yang berusia tujuh tgahun meminta ibunya itu membuat minuman ketika berada di rumah di Caodoba, Argentina. Anak sulungnya yang berusia 16 tahun sempat merakam tindakan ibunya yang membuat 'flying kick' dan memukul bertalu-talu adiknya itu. Manakala kanak-kanak itu hanya duduk di sebuah kerusi menutup mukanya dan ketika itu juga ibunya mereka turut menyepak telefon bimbit yang merakam adegan tersebut. Walaupun rakaman itu menjadi tular, wanita tersebut tidak ditahan. Ketiga-tiga anaknya itu kini berada di bawah jagaa nenek mereka (sebelah bapa). - Dailymail.co.uk