suria

Serang perempuan simpanan suami, wanita dipenjara dua tahun

Paparan skrin video Apple Daily.

SEORANG suri rumah berusia 41 tahun dijatuhi hukuman dua tahun penjara pada Rabu kerana menyerang perempuan simpanan suaminya dengan pisau dapur.

Ming Yongfang mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan mencederakan dengan niat awal tahun ini, dan dijatuhi hukuman dua tahun penjara di Mahkamah Daerah, Rabu.

Yongfang ditangkap tahun lalu selepas bertekak dengan perempuan simpanan suaminya yang hanya dikenali sebagai Wong, di lobi blok apartmennya.

Dia menghayunkan pisau dapur, menikam Wong dua kali di bahagian perut. Wong cedera di hati dan dibenarkan keluar dari hospital tujuh hari kemudian selepas menjalani pembedahan.

Menurut Ming Pao, Hakim Katherine Lo Kit-yee - memetik surat yang ditulis oleh anak perempuan dan suami Ming, menyifatkan tertuduh sebagai wanita yang prihatin dan mementingkan keluarga.

Kit-yee bersimpati dengan defendan, yang mana mahkamah mendengar dia telah menderita insomnia dan kemurungan yang timbul akibat dari hubungan suaminya, dan menerima bahawa perempuan simpanan itu berulang kali melakukan provokasi terhadap Ming sehingga mencetuskan serangan itu.

Bagaimanapun Kit-yee berkata Ming masih melakukan jenayah serius dan dia perlu dijatuhi hukuman berat.

Setelah mempertimbangkan beberapa faktor, termasuk pengakuan bersalah Ming, Kit-yee memutuskan untuk menghukum Ming hingga dua tahun penjara. -MSN

Artikel Lain