suria

Dedah kekasih adalah pesawat, "Saya pernah ada teman lelaki, tapi Schatz cinta pertama saya"

Michele bergambar bersama Schatz, yang ditemuinya di lapangan terbang lima tahun lalu. Foto MDWfeatures/Michele Kobke

SEORANG wanita mendedahkan teman lelakinya adalah pesawat yang ditemuinya di lapangan terbang lima tahun lalu.

Michele Kobke dari Berlin, Jerman, menggelarkan pasangannya yang merupakan pesawat Boeing 737-800 sebagai 'Schatz'.

Menurutnya, dia mula-mula tertarik dengan Schatz adalah bahagian sayap pesawat itu.

Dia yang berusia 29 tahun itu mendakwa tidur bersama 'kesayangan' setiap malam, sama ada dengan komponen sebenar atau model replika bersaiz 1.6 meter.

Malah, dia memberitahu keluarganya merestui perhubungan mereka.

Michele berkata, dia jatuh cinta dengan pesawat itu buat kali pertama ketika 'bertemu dengannya' di Lapangan Terbang Tegel di Berlin dan selepas hampir lima tahun bersama, mereka merancang untuk berkahwin.

"Kali terakhir saya menjalinkan hubungan adalah bersama seorang lelaki pada 2011 tetapi tidak ada rasa cinta," jelasnya.

"Schatz adalah cinta pertama saya. Ini adalah hubungan yang paling indah yang boleh anda bayangkan," tambahnya.

Menurut Michele, penerbangan pertamanya adalah pada akhir November 2013 dan sejak itu dia begitu berminat dengan kapal terbang.

Dia juga teruja setiap kali melihat gambar dan video kapal terbang.

"Pada 11 Mac 2014, saya berada di Lapangan Terbang Tegel dan melawat kapal terbang dan kemudian datang pesawat 737-800 'menghampiri' saya, dan saya amat mencintainya sejak itu.

"Schatz sangat bagus dan saya suka aerodinamik dan penampilannya, terutama sayap dan permukaan sokongannya. Saya sayangkannya," kata Michele. - Mirror UK

Michele Kobke, Schatz

Artikel Lain