suria

Ibu bunuh bayi kembar baru lahir, sumbat mayat dalam teddy bear, bayi kedua dalam raga baju kotor

SEORANG wanita yang membunuh anaknya yang baru lahir telah dijatuhi hukuman penjara selama setahun.

Wanita itu, yang hanya dikenal pasti sebagai Jelica S, 23, melahirkan bayinya ketika usia kandungannya tujuh bulan.

Menggunakan panduan yang diperolehnya dari internet, dia pergi ke bilik mandi rumahnya di Lucerne, Switzerland, dan melahirkan salah seorang daripada bayi kembarnya tanpa bantuan sesiapa.

Selepas itu, dia turun ke ruang bawah tanah rumahnya dan menghentak bayi lelaki itu ke dinding sebelum mencampaknya ke tanah.

Dia kemudian membungkus mayat bayinya dengan baju-T Mickey Mouse dan menyumbatnya di dalam patung beruang besar berwarna merah jambu.

Bayinya itu mengalami beberapa keretakan tengkorak dan kecederaan trauma otak.

Kejadian mengerikan itu hanya disedari apabila Jelica rebah dan tidak sedarkan diri kerana kehilangan banyak darah.

Menjelaskan tindakannya, dia berkata: “Saya hanya meletakkan dia di situ. Saya tak tahu apa yang saya fikirkan.”

Seorang lagi bayi kembarnya, juga lelaki, tidak dilahirkan dalam tempoh 31 jam slepas kelahiran bayi pertama, tetapi bayi kedua itu dikatakan lahir mati.

Untuk bayi keduanya, Jelica membungkus mayatnya dengan tuala dan menyembunyikannya di dalam bakul baju kotor di dapur.

Mahkamah mendengar bahawa jika dia pergi ke hospital selepas kelahiran bayi kembarnya yang pertama, pasangannya mungkin dapat diselamatkan.

Dia didapati bersalah membunuh anak lelakinya, manakala seorang lagi bayi meninggal dunia akibat kecuaiannya.

Pendakwa berkata dia tidak dapat membayar kos pengguguran, tetapi berkata ia melibatkan dua pihak.

Mereka berkata: “Dia nampak naif. Sebenarnya dia berdepan kesukaran.

Seorang pakar psikiatri berkata Jelica tidak sepenuhnya bertanggungjawab dan dia telah mengalami kemurungan untuk masa yang lama.

Kedua-dua bayi itu dilahirkan pada Disember 2015 yang mana ketika itu Jelica hanya berusia 20 tahun.

Ketika itu dia baru berpisah dengan bapa kepada bayi itu dan berkata: “Dia mahu saya menggugurkannya, kemudian tinggalkan saya. Saya bersendirian.” -MetroUK

kembar, patung beruang, bayi, bunuh

Artikel Lain