suria

Jijik! Ibu 2 anak pulang balik baju yang dibeli selepas sekali pakai, bongkar taktik kotor

Gambar hiasan. Foto Getty Images/Caiaimage

SEORANG wanita warga Australia dikecam selepas membuat pengakuan mengenai dirinya membeli pakaian dan memulangkannya semula selepas memakainya hanya sekali.

Ibu kepada dua anak dari New South Wales yang hanya dikenali sebagai Chelsea, mengaku melakukannya sebanyak 15 kali sejak lebih sembilan tahun lalu.

Chelsea yang berusia 25 tahun membeli pakaian pada harga sehingga £166 (RM889), dan kemudian memulangkannya untuk mendapatkan bayaran balik selepas memakai hanya sekali.

Bercakap kepada Mamamia, katanya, dia pertama kali melakukannya semasa berumur 16 tahun.

Walaupun dia berasa bersalah mengenai taktik itu, dia menjelaskannya ia sebagai 'menang-menang', lebih-lebih lagi dia tidak pernah melakukannya terhadap penjual dalam talian memandangkan bayaran penghantaran diperlukan.

"Saya berasa serba salah mengenainya, tetapi dalam kepala saya, selagi tak ada yang dirosakkan, mengapa tidak?

"Daripada apa yang saya lihat, mereka tak rugi. Selagi barangan tersebut masih baik, mereka boleh menjualnya," katanya.

Dia mendedahkan berulang kali melakukannya dan membeli pakaian untuk menghadiri majlis perkahwinan, keluar malam dan acara rasmi.

Syaratnya adalah memastikan pakaian tersebut bersih semasa ia dipulangkan.

Dia mengakui menyembunyikan tanda harga di dalam pakaian, dan mengeluarkan kertas tersebut sekiranya ia begitu ketara.

Dia kemudian akan mendakwa kertas tersebut koyak semasa mahu memakainya.

Rata-rata netizen menyelar tindakannya yang tidak bertanggungjawab.

"Teruknya apa yang dia buat. Dia sepatutnya rasa bersalah. Pada dasarnya dia mencuri!," kata seorang netizen.

Seorang lagi berkata: "Pakai dan pulangkannya selepas pakai sekali begitu menjijikkan!" - Mirror UK

Artikel Lain