suria

Bengang sering diganggu, wanita culik tukang kayu

BENGANG diganggu seorang tukang kayu, wanita ini merancang sesuatu di luar jangkaan hingga ia'memakan' dirinya sendiri.

Semuanya bermula apabila V Sai Kumar jatuh hati pandang pertama kepada jurutera perisian ketika Pulleri Divya, 24, pulang bekerja.

Sejak itu, lelaki berusia 23 tahun ini sering menghendap wanita yang bekerja di bandar Hyderabad itu.

Bukan itu sahaja, tukang kayu ini juga sering menghubungi dan mengajak wanita itu keluar bersamanya.

Tidak selesa dengan gelagat lelaki itu, akhirnya wanita berkenaan merancang sesuatu bersama lima rakannya.

Pada satu hari, wanita berkenaan telah menghubungi lelaki itu dan mengajaknya keluar. Pertemuan itu diatur di lokasi di Secunderabad.

Rupa-rupanya mereka merancang untuk menculik lelaki berkenaan.

"Berdasarkan kenyataan lelaki berkenaan, wanita itu dan lima rakannya mahu membunuhnya.

"Bagaimanapun dia berjaya melarikan diri dan terus mendapatkan rawatan di hospital berdekatan," kata Asisten Komisioner Polis Gopalpuram.

Katanya, enam suspek kes berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan menculik dan cubaan membunuh.- IndiaToday

Hyderabad, tukang kayu, culik

Artikel Lain