suria

Pelajar sedih kematian guru paling baik, keranda dipenuhi lukisan istimewa

SEORANG guru wanita meninggal dunia selepas  bertarung nyawa dengan penyakit kanser.

Guru besar  di sekolah rendah, Sue East meninggal dunia  pada 19 Disember lalu selepas dia menyampaikan ucapan yang menyentuh hati kepada pelajar-pelajarnya.


Dia menulis 'akan mati tidak lama lagi' dan mengucapkan terima kasih kepada semua kerana mempunyai 'hubungan yang gembira'.

Hampir 700 pelajar dan bekas pelajar hadir memberi penghormatan pada majlis pengkebumiannya.

Keranda East ditutupi dengan pelbagai corak lukisan seperti rama-rama, simbol cinta, pelangi dan sebagainya sebagai penghormatan daripada murid-muridnya.

East disayangi semua pelajar dan guru disekolahnya.

Semua pelajar menganggapnya sebagai seorang guru yang penyayang, kelakar, baik hati dan sebagainya.

Malah East juga dikenali sebagai yang luar biasa di kalangan rakan-rakan guru yang lain.-metro.co.uk

Keranda lukisan

Artikel Lain