SEORANG lelaki maut apabila memakai fon telinga ketika mengecas telefon bimbitnya. Kritsada Supol,24, ditemui meninggal dunia di katilnya bersama fon telinga di kedua-dua belah telinganya. Mayat Supol ditemui oleh tuan rumahnya pada Ahad lalu dalam keadaan terbakar di bahagian telinganya. Polis Daerah Chonburi tiba di tempat kejadian membawa mayat ke hospital untuk dibedah siasat. Polis mengesahkan punca kematian disebabkan kejutan elektrik ketika sedang memakai telinga dan dalam masa sama mengecas telefon bimbit. "Kami percaya kejutan elektrik menyebabkan kematian mangsa dan ketika itu kemungkinan dia sedang mendengar muzik atau bercakap dengan seseorang." Pegawai polis juga turut mendakwa tahap kualiti rendah pengecas antara punca kejadian berlaku dan memberi peringatan kepada orang lain. "Ramai orang berada dalam bahaya jika mereka menggunakan pengecas yang murah yang tidak mempunyai kelulusan syarikat yang diiktirafkan. - metro.co.uk