SEORANG lelaki ditahan kerana mencuri lebih 70 pasang kasut, dilaporkan dia berbuat demikian kerana suka 'menghidu'nya. Makoto Endo, 40, mencuri kasut di Tochigi dan Saitama, timur Jepun kerana dia suka menghidu kasut yang terpakai dan berbau. Malah, Endo yang mengakui dia tidak kisah sama ada ia adalah kasut wanita atau lelaki. Menurut media tempatan, suspek ketika ini dalam pendakwaan untuk beberapa kes curi selepas polis menemui sejumlah besar kasut di rumahnya. Dia dilaporkan mempunyai keinginan seksual membabitkan kasut, dan suka menghidu bau objek tersebut. Menurut media tempatan, Endo dipercayai mencuri lebih 70 pasang kasut bernilai kira-kira £2,100 di Tochigi dan Saitama antara Jun 2017 dan Ogos 2018. - Mirror Online