SEORANG ibu muda nekad terjun dari sebuah jambatan bersama anak lelakinya berusia 10 tahun yang berada dalam pangkuannya. Insiden berlaku di Jambatan La Variante di Ibague di Tolima, Colombia. Wanita berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Jessy Paola Moreno Cruz, memeluk anak lelakinya, May Ceballos di tebing jambatan itu dengan mengugut untuk terjun. Pasukan kecemasan cuba memujuknya namun tidak dipedulikannya lalu terjun dari jambatan setinggi 100 meter, sehingga dua beranak itu terkorban. Menerusi satu klip video, seorang anggota penyelamat kedengaran berkata: "Oh Tuhan, dia terjun." Bercakap kepada pemberita, anggota bomba, Rafel Rico berkata: "Mereka pujuk dia (Jessy) untuk tidak melakukannya dan cuba untuk meyakinnkan dia untuk berhenti tetapi malangnya dia membuat keputusan untuk membunuh diri. Menurut media tempatan, Jessy mengalami masalah kewangan dan baru-baru ini dihalau keluar dari rumahnya. Jessy dan anaknya dilaporkan hidup bergelandangan kerana tidak mempunyai wang untuk menyewa rumah. Siasatan berhubung insiden dijalankan. - Mirror UK