suria

Gara-gara tiada air panas untuk teh dan kopi, pesawat terpaksa mendarat cemas

Gambar fail pesawat Jet2. Foto Nurphoto

PENUMPANG yang mahu ke Tenerife, Sepanyol tidak percaya penerbangan mereka dilencongkan ke Manchester, United Kingdom, gara-gara tiada air panas di dalam pesawat untuk minuman teh dan kopi.

Penerbangan Jet2 berlepas dari Glasgow, Scotland pada pagi Ahad tetapi terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Manchester apabila mengesan sistem paip di dalam pesawat itu bermasalah.

Ketika itu, pesawat tersebut berada di ruang udara Ireland.

Sophie-Clare Morrison di Twitter berkata: "Jadi pesawat @jet2tweets dari Glasgow ke Tenerife terpaksa dilencongkan dan membuat pendaratan cemas kerana mereka tidak mempunyai bekalan air untuk air panas! Tolonglah berikan alasan yang lebih baik lain kali.

Sementara itu, Colette Connolly menambah: "Percutian musnah sebelum ia bermula. Anak-anak menangis, terima kasih!"

Jet2 membuat permohonan maaf berhubung isu tersebut dan para penumpang diterbangkan semula menggunakan pesawat lain sebaik ia mendarat di Manchester.

Seorang jurucakap mengesahkan penerbangan baharu ke pulau itu dan selamat mendarat. - Metro UK


Jet2

Artikel Lain