suria

Tragis, ibu kendong anak ditikam hingga mati

Aliny Mendes meninggalkan empat orang anak.

SEORANG ibu ditikam sehingga mati semasa sedang mengendong seorang anaknya.

Aliny Mendes dipercayai mengambil anaknya dari sekolah semasa dia ditikam seorang lelaki yang tiba-tiba melompat keluar dari kenderaan pacuan empat roda dan menyerangnya.

Wanita berusia 39 tahun itu disifatkan sebagai seorang yang ceria.

Menurut seorang paderi, Mendes baharu sahaja bercerai dengan suaminya sebulan lalu dan berpindah ke sebuah rumah yang dilindungi di Streatham, selatan London.

Masyarakat di kawasan tersebut meletakkan bunga dan gambar wanita tersebut di lokasi dia disahkan meninggal dunia petang Jumaat.

Polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Laman mengumpul dana untuk membantu keluarga dan anak Mendes telah diwujudkan.

Dua lelaki ditahan kurang sebatu dari lokasi pembunuhan kejam itu di Cheam bagi membantu siasatan petang Jumaat.

Polis berkata dua suspek dipercayai mengenali mangsa dan insiden itu turut dilihat beberapa individu.

Mendes mempunyai empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.

Seorang saksi berkata dia melihat Mendes sedang mengendong seorang kanak-kanak semasa kejadian dan dalam perjalanan mengambil dua lagi anaknya balik dari sekolah kira-kira pukul 3.15 petang Jumaat. - Metro.co.uk

tikam, ibu

Artikel Lain