suria

Tangga pesawat roboh, enam penumpang terjatuh dari ketinggian 12 kaki

PENUMPANG sebuah pesawat berdepan detik cemas apabila tangga pesawat tersebut tiba-tiba roboh.

Insiden itu menyebabkan sekurang-kurangnya enam penumpang terjatuh dari ketinggian 12 kaki di atas landasan kapal terbang.

Difahamkan ketika insiden berlaku pesawat itu sedang mengambil penumpang dari bandar Barnaul, Siberia menuju ke Moscow awal pagi Selasa.

Sebuah rakaman CCTV menunjukkan beberapa penumpang Ural Airlines terjatuh di atas landasan disebabkan 'kesilapan tersembunyi'.

Jurucakap lapangan terbang berkata tiga daripada enam penumpang itu dikejarkan ke hospital selepas insiden membabitkan pesawat jenis Airbus A320 itu.

Tangga pesawat roboh dipercayai akibat 'kesilapan tersembunyi.

Seorang penumpang mengalami patah kaki dan seorang lagi cedera di bahagian belakang.

"Mereka kesemua jatuh serentak, ia seperti melihat permainan komputer.

"Saya nyaris menaiki tangga itu ketika ia tiba-tiba runtuh. Seorang gadis bernasib baik kerana dia tidak cedera, dia cuma terkejut," katanya.

Penumpang dan kakitangan lapangan terbang turut membantu mereka yang terjatuh.

Mangsa yang terjatuh adalah penumpang yang berada di atas tangga manakala penumpang lain selamat kerana mereka sedang beratur di atas landasan. - Mirror.co.uk

pesawat, tangga, roboh

Artikel Lain