suria

Pusat haiwan liar tawar pakej 'balas dendam' kepada bekas kekasih sempena Hari Valentine

Foto oleh Mark Metcalfe/Getty Images

SEBUAH pusat hidupan liar Oregon di Amerika Syarikat (AS) menawarkan cara unik sempena sambutan Hari Kekasih di mana pengunjung boleh menamakan ikan salmon dengan nama bekas kekasih untuk dimakan oleh beruang.

Pusat Pemulihan Imej Hidupan Liar di Oregon berkata, promosi Catch & Release menawarkan promosi Hari Kekasih itu sebagai pertukaran untuk mendapatkan sumbangan sebanyak $ 20 (RM81).

Promosi tersebut membolehkan pengunjung membalas dendam kepada bekas teman wanita atau teman lelaki sambil beramal.

Pusat tersebut berkata, pelanggan boleh membayar untuk mendapatkan salmon yang dinamakan sempena bekas kekasihnya, dan salmon itu kemudian akan dihidangkan kepada beruang coklat Kodi dan Yaki.

Pusat Pemulihan Imej Hidupan Liar menjelaskan, pakej tersebut termasuk sijil khas dan gambar-gambar beruang ketika memakan salmon itu.

Antara promosi lain yang ditawarkan adalah membenarkan pengunjung menjadi duta haiwan pilihan mereka dengan bayaran $ 1 (RM4).

Nama pengunjung itu akan diletakkan di kedai jualan hadiah dan menerima salinan digital 'Valentine' mereka. - UPI/FOX35

beruang

Artikel Lain