suria

Ibu empat anak dapat pengecualian cukai, duit RM36,800 untuk tampung kos beli kereta baharu

Orban membuat pengumuman itu pada Ahad. - Foto EPA

IBU yang memiliki empat anak akan dikecualikan daripada cukai pendapatan dan akan menerima hampir £ 7,000 (RM36,800) bagi menampung kos sebuah kereta baharu dalam usaha Hungary untuk meningkatkan kadar kelahiran rakyat negaranya.

Perdana Menteri Viktor Orban mengumumkan langkah itu semasa menyampaikan amanat tahunan negaranya pada Ahad.

Orban, yang dilantik untuk penggal ketiga berturut-turut pada April berkata, inisiatif ini bertujuan untuk memastikan 'kelangsungan bangsa Hungary', sambil menambah: "Ini adalah jawapan orang Hungary, bukan imigresen.'

Manfaat itu termasuk pengecualian cukai pendapatan seumur hidup untuk wanita yang melahirkan anak dan membesarkan sekurang-kurangnya empat orang anak.

Subsidi sebanyak 2.5 juta forints (RM35,860) juga akan disediakan untuk pembelian kenderaan dengan tujuh tempat duduk.

Negara itu juga akan menawarkan pinjaman dengan faedah rendah sebanyak 10 juta forints (RM144,173) untuk wanita bawah umur 40 tahun yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama. - Daily Mail

Hungary, pengecualian cukai

Artikel Lain