suria

Ajaib! Bayi pramatang bersaiz picagari mampu bertahan selepas lima kali nyaris maut

SEORANG bayi yang dilahirkan dengan berat 1lb 5oz (kira-kira 600gram) terselamat walaupun doktor, sebanyak lima kali memberitahu ibu bapanya bahawa dia akan mati akibat jangkitan meningtis dan sepsis.

Hanna Rose, 25, dari Worksop, Nottinghamshire, melahirkan 'pejuang kecil' George, tiga bulan lebih awal pada Julai 2018.

Bayi bersaiz kecil itu perlu dipasang mesin sokongan hanya enam minit selepas dilahirkan dan sejak itu sering digegaskan masuk dan keluar hospital akibat penyakit yang mengancam nyawa.

Hanna dan pasangannya, Daniel Bownes, 27, diberitahu bahawa George akan mati selepas dia dirawat kerana meningitis, diserang sepsis sebanyak empat kali dan menerima lebih dari 20 pemindahan darah.

Tetapi keajaiban berlaku apabila George yang kini berusia sembilan bulan mampu bertahan dan kini tinggal di rumah bersama ibu dan bapanya.

Hanna memberitahu Daily Star pada Ahad: "Saya dengan yakinnya diberitahu bahawa dia akan mati jadi adalah satu keajaiban dia masih ada bersama kami."

Dia menjelaskan, sebelum dapat memegang George, bayi itu diasingkan dan diletakkan di bawah rawatan intensif di mana doktor meletakkannya dalam inkubator khas.

"Dia diberikan pembedahan segera, kami tidak boleh menyentuhnya kerana dia dilahirkan dengan kulit yang sangat nipis."

George menghidap necrotizing enterocolitis (NEC), satu keadaan pada bayi baru lahir di mana bahagian pada ususnya mati.

Semasa menjalani pembedahan untuk NEC, bayi itu kehilangan 40 peratus darah dan mengalami bengkak hati.

Dia kemudian diserang jangkitan meningitis dan sepsis kerana masalah berkaitan kelahiran pramatangnya.

Doktor memberitahu ibu bapanya bahawa mereka tidak pernah melihat bayi baru lahir dengan jangkitan yang sangat teruk terselamat.

Yakin anak mereka tidak mampu bertahan, Hana dan Daniel bersetuju untuk membenarkan seorang paderi hospital datang dan memberikan doa terakhirnya kepada George.

Tetapi mengejutkan setelah selesai, terdapat tanda-tanda keadaan George bertambah baik.

George kini dibenarkan pulang ke rumah dan beratnya semakin bertambah tetapi masih memerlukan tangki oksigen untuk membantu dia bernafas.

Bayi itu masih perlu menjalani pembedahan ketujuh untuk hatinya dan ibu bapanya telah mengumpul sumbangan untuk fisioterapi di GoFundMe. -TheSun

bayi, pramatang, picagari

Artikel Lain