suria

Pemuda tawar pakej temu janji sempena Hari Kekasih, siap boleh bawa balik jumpa orang tua

Peter menawarkan dirinya sebagai kekasih olok-olok sempena sambutan Hari Kekasih.

SEORANG lelaki tampil dengan idea unik untuk meluangkan masa bersama 'teman wanita' pada Hari Kekasih dengan 'menjual' dirinya sendiri.

Peter Wilding dari New Zealand menawarkan peluang kepada wanita untuk membeli pakej berpacaran dengannya.

Peter mengiklankan tawaran itu di laman Facebook Taupo Noticeboard dengan lapan pilihan pakej yang boleh dibeli oleh wanita yang berminat.

"Hari Kekasih tinggal lagi 10 hari, jadi inilah masanya untuk membuat tempahan.

"Sewa saya untuk Hari Kekasih (saya menawarkan pakej berbeza, harga boleh dirunding)."

Harga temu janji tersebut bermula $15 (RM41) untuk sesi keluar bersama selama satu jam di sebelah pagi, hanya sebagai kawan biasa.

Pakej yang ditawarkan oleh Peter.

Jika anda membayar dua kali ganda, anda boleh keluar bersama Peter selama dua jam disertakan coklat dan pakej berpimpin tangan.

Pakej lain pula menawarkan peluang untuk berenang di taman spa, makan sepotong kek dan gambar berdua untuk diabadikan sampai bila-bila.

Peter juga sudi makan malam bersama ibu bapa anda dan akan mengenakan caj tambahan sekiranya dia perlu bermain dengan adik beradik anda.

Jika semua itu belum cukup, jejaka tersebut sanggup menyamar sebagai teman lelaki anda di Facebook selama dua minggu.

Bercakap kepada Stuff, Peter menambah jika sesiapa memerlukan insentif tambahan untuk keluar temu janji dengannya, dia berjanji untuk sentiasa membuatkan wanita itu ketawa dan mendedahkan asetnya yang paling berharga iaitu tubuh yang sasa. - Mirror UK

Hari Kekasih

Artikel Lain