suria

Michelle Obama buat kejutan di Anugerah Grammy, sepentas dengan Alicia Keys, Lady Gaga

Dari kiri: Lady Gaga, Jennifer Lopez, Alicia Keys, Michelle Obama dan Jada Pinkett Smith di pentas Anugerah Grammy ke-61. Foto Reuters

ANUGERAH Grammy ke-61 menyaksikan kejutan demi kejutan, dan antaranya adalah kemuculan bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama di pentas, di samping hos Alicia Keys.

ARTIKEL BERKAITAN: Album Terbaik Anugerah Grammy Ke-61 milik Kacey Musgraves

Michelle yang berusia 55 tahun turut di pentas bersama Lady Gaga, Jennifer Lopez dan Jada Pinkett Smith, dengan keempat-empat selebriti itu berbicara mengenai kepentingan muzik dalam kehidupan mereka.

Michelle dilaporkan merupakan teman baik Alicia, dan penyanyi itu pernah mengunjungi Rumah Putih dalam beberapa acara semasa Obama masih menjadi Presiden AS.

Alicia memperkenalkan segmen pada majlis itu dengan berkata: "Muzik adalah apa yang kita semua cintai, muzik adalah mengenai segala-galanya.

"Semua di sini bergemerlapan dan saya amat berbangga untuk membawa kita bersama-sama menghormati momen ini kerana muzik adalah apa yang kita tangisi, bersama, hiburkan dan apa yang kita cintai.

"Ia adalah bahasa globa yang kita kongsi bersama," tambahnya. - Mirror UK


Michelle Obama, Alicia Keys, Grammy

Artikel Lain