suria

Mulanya minta rujuk Google Maps cari jalan, kemudian mangsa pun terlopong!

DUA pemuda berpura-pura bertanyakan laluan ke Tanjung Priok kepada seorang lelaki di pekarangan sebuah hospital semata-mata untuk menjadikannya mangsa.

Mangsa yang dikenali sebagai AM ketika itu sedang merokok pada pukul 5.30 pagi apabila didatangi suspek bermotosikal itu, masing-masing RF dan BGS.

"Mereka meminta lelaki itu menunjukkan jalan ke Tanjung Priok di Jakarta Utara menggunakan aplikasi Google Maps menerusi telefon bimbit mangsa," kata Ketua Komisioner Tanjung Duren, Lambe Patabang.

Sebaik saja Lambe mengeluarkan telefon bimbitnya untuk membuka Google Maps, BGS serta merta merampasnya.

Berlaku pergelutan antara ketiga-tiga lelaki berkenaan sebelum RF dan BGS melarikan diri dari lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, kira-kira 10 meter kemudian, kedua-dua suspek itu terjatuh.

Apabila ada beberapa orang awam menjerit "pencuri, pencuri!", pegawai polis Tanjung Daren yang bertugas di lokasi segera membantu menangkap suspek.

Hanya RF berjaya ditahan, tetapi BGS dapat meloloskan diri bersama telefon bimbit itu.-JakartaPost

Google Maps, Jakarta Utara

Artikel Lain