suria

Bekas untuk simpan lipstik berharga hampir RM5,000, dijangka jadi trend baharu untuk penggemar fesyen

SANGGUPKAH anda membelanjakan ribuan ringgit demi satu aksesori fesyen sebesar ibu jari tangan sahaja?

Mungkin tidak masuk akal buat sesetengah individu, namun bagi yang kaya dan meminati fesyen, ia tidak menjadi masalah buat mereka.

Terbaharu, jenama fesyen popular, Louis Vuitton (LV) mengeluarkan bekas penyimpan lipstik yang berharga £960 (RM4,397).

Aksesori ini hadir dengan dua pilihan warna.

Ia sudah dijual di Australia dan bakal menjengah ke pasaran United Kingdom, lewat bulan ini.

Majalah fesyen terkemuka, Vogue turut memuji keluaran terbaharu itu dan menyifatkan ia sebagai satu aksesori yang wajib dimiliki penggemar fesyen.

Kotak kulit itu hadir dengan dua warna iaitu coklat dan light tan.

Selain cermin mini di dalamnya, ia juga mampu memuatkan dua lisptik.

Ia dilengkapkan dengan rantai, membolehkan anda menggantungnya di leher seperti beg biasa.

Pengenalan aksesori itu turut menjadi perbualan hangat di laman Twitter. - Daily Mail.

Louis Vuitton, Lipstik

Artikel Lain