suria

Penerjun udara maut terlanggar kereta kabel sebelum jatuh atas tanah

SEORANG penerjun udara maut apabila payung terjun miliknya melanggar kereta kabel sebelum dia terjatuh ke atas tanah.

Kejadian ngeri itu berlaku di utara Turki, baru-baru ini.

Mangsa, Huseyin Ilhan meninggal di hospital akibat kecedraan di kepala.

Seorang lagi penerjun, Even Salci masih berada dalam keadaan kritikal di Hospital Negeri Ordu.

Kejadian dikatakan berpunca akibat perubahan pergerakan angin sekaligus menyebabkan mereka hilang kawalan.

Kabel pengikat gondola dikatakan terbelit dengan payung terjun sebelum mereka terjatuh ke atas tanah.

Kejadian berjay dirakam oleh seorang pengunjung yang kebetulan berada berhampiran lokasi itu.

Menurut laporan media, Ilhan sebelum ini pernah terlibat dalam dua insiden payung terjun.

Kejadian kali ketiga ini bagaimanapun terus meragut nyawanya. - Daily Mail.

Huseyin Ilhan, Payung Terjun

Artikel Lain