SEWAKTU pesawat gergasi dua tingkat Superjumbo diperkenalkan suatu ketika dahulu, ia disifatkan sebagai keajaiban dalam dunia penerbangan. Tidak mudah untuk dibina namun teknologi yang diperkenalkan oleh Airbus menjadikan mereka ke hadapan berbanding pesaing-pesaing lain. Namun kata orang, setiap yang berlaku pasti ada pengakhirannya. Terbaharu, Airbus mengumumkan untuk tidak lagi menghasilkan model Superjumbo A380 bermula pada tahun 2021. Ia berikutan kekurangan permintaan dalam pasaran terhadap model itu. Menurut Airbus, keputusan itu begitu berat namun mereka terpaksa melakukannya demi masa depan syarikat. Dalam pada itu, keputusan berkenaan turut memberi kesan kepada 3,500 kakitangan Airbus yang dijangka kehilangan kerja tidak lama lagi. Namun, Airbus dijangka membuat perbincangan dengan rakan kongsi mereka berhubung hal berkenaan. - Daily Star.