suria

Artifak separa manusia separa burung jadi bukti kehadiran makhluk asing pada zaman purba?

MENERUSI episod terbaharu siri BLAZE, pakar teori membincangkan kehadiran makhluk asing ke bumi suatu ketika dahulu.

Ujar mereka, banyak pengetahuan dan kemahiran diajar oleh makhluk asing sehingga manusia mampu mencipta teknologi.

Ia turut membincangkan penemuan makam berusia 1,300 tahun di El Castillo de Huarmey, Peru yang dijumpai pada 2012.

Di lokasi bersejarah itu, terdapat 33 mumia termasuklah tiga permaisuri pada zaman purba.

Antara yang ditemui termasuklah subang permasuri yang memaparkan ukiran makhluk pelik.

Menerusi ukiran itu, jelas dapat dilihat figura separa manusia separa burung sekaligus memberi gambaran mengenai rupa makhluk asing.

Ujar penulis Technology of Gods, David Childress, ukiran sama boleh dilihat pada baru Bolivian di Tiwanaku.

"Dewa Mesir purba juga ada yang separa manusia separa burung.

"Dalam budaya lain dalam dunia ini banyak juga figura itu yang dianggap seperti dewa.

"Ini memberi gambaran bahawa makhluk sama pernah melawat bumi suatu ketika dahulu," ujar David lagi. - Daily Star.

David Childress, Mumia, Makhluk Asing

Artikel Lain