suria

Disangka penjenayah, gadis maut bersama suami pada hari dia dijangka bersalin setelah dikejar polis

SEORANG gadis sarat mengandung meninggal dunia dalam kemalangan bersama suaminya pada hari dia dijangka bersalin.

Pada Khamis, Shauna McDonagh, 18, bersama suaminya, Patrick, 19, menaiki kereta sebelum dikejar oleh pihak polis.

Menurut laporan, polis menyangka pasangan tersebut merupakan penjenayah sebelum mengejar mereka.

Pasangan itu dikaitkan dengan satu kes rompakan di Pinner, Harrow, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kini mengesahka bahawa mereka tidak berada di tempat kejadian sewaktu berlakunya rompakan.

Dalam pada itu, keluarga pasangan berkenaan berkata, mereka semuanya tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi tersebut.

"Pasangan muda itu baru sahaja berkahwin, mereka masih hangat bercinta.

"Patrick suami yang baik kepada Shauna, mereka dah pilih nama bayi, nak letak nama Sienna Marie.

"Dia dijangka bersalin pada Hari Kekasih semalam, tapi mereka berdua meninggal dunia," ujar keluarga pasangan tersebut.

Bagaimanapun, keadaan bayi itu masih lagi belum dapat dipastikan. - Daily Mail.

Shauna McDonagh, Bayi

Artikel Lain