suria

Ajaib! Bayi bernyawa dalam keranda, sebelum itu tiga kali disahkan telah mati

SEORANG bayi yang diisytiharkan mati sebanyak tiga kali ditemui dalam keadaan bernafas di dalam keranda oleh ibu bapanya, satu kejadian ajaib!

Bayi itu pada awalnya disahkan telah mati semasa dilahirkan pada 8 Februari, selepas kehamilan 27 minggu.

Ibu bapanya terkejut apabila mendapati dia masih bernyawa beberapa jam kemudian.

Ketua di hospital itu mendakwa kejadian ini adalah satu keajaiban kerana tiga pemeriksaan yang berbeza telah dilakukan untuk mengesahkan kematian bayi tersebut.

Ia berlaku di Santa Cruz, timur Bolivia.

Pihak berkuasa Bolivia dilaporkan menyiasat kejadian itu sebagai kes kecuaian perubatan, tetapi pengarah hospital itu menyifatkannya sebagai 'keajaiban'.

Bapa bayi, Richard Jurado ketika ditemuramah wartawan. -fotoCEN

Pengarah Hospital Federico Urquizo memberitahu media tempatan: "Bayi itu dilahirkan tanpa tanda-tanda vital, jadi ia adalah kematian janin. Doktor membuat pemeriksaan sekali lagi dan keadaannya sama.

"Satu jam kemudian, mereka memeriksa sekali lagi dan diagnosisnya sama. Dua jam kemudian, bayi itu diperiksa semula dan masih disahkan mati."

Dia menambah: "Satu-satunya perkara yang boleh kita beritahu kepada semua orang adalah, ia keajaiban."

Menurut media tempatan, sebuah jawatankuasa hospital yang ditubuhkan menyimpulkan bahawa bayi itu dilahirkan mati tetapi entah bagaimana hidup kembali dua jam kemudian.

Bayi berkenaan, Dhilan Daren, kini sedang dijaga di unit penjagaan rapi hospital.

Bapanya Richard Jurado menunjukkan sijil kematian yang ditandatangani kepada wartawan dan kini memohon sijil kelahiran.

Dia bertemu dengan pendakwa yang bertanggungjawab terhadap kes itu, Lorgio Viveros yang akan menyiasat pasukan perubatan, menurut laporan.

Siasatan sedang dijalankan. -Mirror

meninggal dunia, janin, keranda

Artikel Berikut

Artikel Lain