suria

Cabaran 'terbang' guna barang keperluan harian jadi fenomena di China

SATU cabaran media sosial yang menyaksikan barang-barang kegunaan harian digunakan untuk mendapatkan rakaman di dalam pesawat menjadi fenomena di China.

Orang ramai telah menggunakan cara pintar dengan menggunakan barangan seperti tempat duduk tandas, botol pencuci dan kerusi dalam usaha membuatkan orang lain berfikir mereka sedang terbang.

Hashtag 'konon-konon berada dalam kapal terbang' telah ditonton lebih 20 juta kali di laman web Weibo.

Dalam salah satu video yang paling popular di laman web ini, seorang wanita dapat dilihat sedang duduk di atas kapal terbang sambil melihat ke landasan tapi sebenarnya dia hanya duduk di depan televisyen dan bergambar dengan alas mangkuk tandas.

Seorang pengguna menulis: "Keinginan untuk berjalan ke seluruh dunia akan direalisasikan."

Sementara itu ada yang menulis: "Ini penuh dengan kreativiti."

"Ini adalah bakat peribadi," kata seorang yang lain.

Dalam satu lagi video, ada yang menggunakan gambar pemandangan dari atas dalam percubaan mereka.

Ia bukanlah cabaran media sosial yang pertama yang mencetuskan fenomena di China.

Tahun lalu tular di negara itu cabaran 'tayang kekayaan'. -Evening Standard

terbang, pesawat, gambar

Artikel Lain