SEORANG lelaki dari New York dibawa ke muka pengadilan kerana memecahkan cermin sebuah kedai untuk menyerang patung iras Barrack Obama. Rewell Altunaga, 41, ditahan pada 26 Januari lalu selepas identitinya didedahkan menerusi rakaman kamera keselamatan kedai tersebut. "Pada mulanya kami sangka patung terbalik dan menghempap cermin. Kami berlari dan nampak dia," ujar pengurus kedai, Corine Lew. Menerusi kejadian itu, patung Obama dirosakkan manakala patung Donald Trump langsung tidak diusik. "Salah seorang petugas keselamatan kami berjaya menangkap dia sebelum diserahkan kepada pihak polis," ujar Lew lagi. Jelasnya lagi, suspek mendakwa patung Obama bercakap kepadanya sehingga membuat dia marah. Menyifatkan Altunaga sebagai pesakit mental, Lew berpendapat suspek merupakan penyokong Trump. Kejadian itu menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian berjumlah AS$4,000 (RM1,000). - Huffington Post.