suria

Wanita 61 tahun terpaksa tidur dalam pondok telefon, tak mampu sewa bilik biarpun bekerja sepenuh masa

GAMBAR HIASAN

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah gambaran nasib seorang wanita berusia 61 tahun yang terpaksa tidur dalam pondok telefon kerana tidak mampu menyewa rumah.

Biarpun bekerja sepenuh masa di sebuah kilang, wanita itu tidak mempunyai wang secukupnya untuk mencari tempat perlindungan yang selesa.

Selepas menghabiskan malamnya dalam pondok telefon, dia biasanya akan berehat di perpustakaan atau kafe pada siang hari, jika tidak bekerja.

Kisah mengenai wanita itu diceritakan oleh seorang petugas pusat gelandangan di Leicester, United Kingdom (UK).

"Saya nampak dia bebarapa kali. Apabila dihampiri dia cakap dia baik-baik sahaja.

"Tiga minggu lalu, saya bawa botol air panas untuk dia, saya mendesak sedikit baru dia cerita.

"Katanya dia bekerja kilang, kadang-kadang syif malam lima kali seminggu. Saya tak percaya yang dia boleh tidur dalam pondok telefon," ujar Corrie Moulds.

Bercerita lanjut mengenai dirinya, wanita itu berkata, dia bersara pada usia 60 tahun.

Namun, wang persaraan yang tidak mencukupi memaksa dia kembali bekerja. - Mirror.UK.

 

Gelandangan, UK

Artikel Lain