suria

Wanita sedang nazak dibawa lihat matahari terbenam buat kali terakhir, berjaya buka mata

-foto NSW Ambulance

SEORANG wanita yang sedang menunggu saat kematian dibawa ke pantai dengan katil hospital bagi membolehkannya melihat pemandangan matahari terbenam untuk kali terakhir.

Carmen Leon de la Barra, yang berasal dari Chile, disahkan hanya mempunyai beberapa hari untuk hidup selepas menghidap kanser usus.

Dalam keadaan nazak, keluarganya bertindak menghubungi pasukan amal Dreams2Live4 dalam usaha membawanya ke pantai di Sydney, Australia, bagi melihat pemandangan matahari terbenam.

-foto NSW Ambulance

Dia yang juga bergelar ibu dan nenek sebelum ini menghabiskan hampir 25 tahun berjalan di pasir pantai dengan suaminya Antonio selepas waktu kerja setiap hari.

Tetapi selepas didiagnosis, Carmen dibawa ke unit penjagaan paliatif untuk rawatan.

Anak perempuannya Tatiana Salloum memberitahu Daily Telegraph Australia bahawa ibunya sangat gembira semasa perjalanan terakhirnya, malah berjaya membuka matanya.

-foto NSW Ambulance

Dengan bantuan paramedik dari New South Wales, dia berbaring di bawah selimut sambil memandang lautan di pinggir selatan Brighton-Le-Sands.

Tatiana berkata pasukan amal telah menganjurkan perjalanan untuk satu hari selepas keluarganya membuat permohonan.

Carmen pertama kali bertemu suaminya di Chile ketika berusia 10 tahun dan berpindah ke Australia pada tahun 1990-an.

Antonio turut menemaninya ke pantai, bersama tiga anaknya dan pasangan mereka serta cucu-cucunya.

Dia meninggal dunia dua hari kemudian, pada 15 Februari jam 9.30 malam, lapor Cairns Post. -MetroUK

kanser usus, matahari, terbenam

Artikel Berikut

Artikel Lain