suria

Mike Tyson mahu bayar RM40,865 untuk lawan dengan gorila

JUARA Heavyweight dunia, Mike Tyson sentiasa yakin dengan kebolehan yang ada pada dirinya.

Mengimbas kembali satu peristiwa lama, dia pernah terfikir untuk berlawan dengan seekor haiwan untuk membuktikan kehebatannya.

Pada 1980-an, Tyson dan bekas isterinya Robin Givens diberi akses eksklusif ke Zoo New York.

Sewaktu berada di sana, Tyson menawarkan AS$10,000 (RM40,865) kepada penjaga zoo agar membenarkan dia berlawan dengan gorila baka 'silberback'.

"Sewaktu kami ke kandang gorila, saya nampak seekor gorila besar yang membuli kawan-kawannya.

"Dia kelihatan begitu gagah, saya tawarkan RM40,865 kepada penjaga zoo supaya buka kandang untuk saya berlawan dengan haiwan itu.

"Namun, dia menolak tawaran saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Tyson sememangnya dikenali sebagai pencinta haiwan.

Dia turut membela harimau dan beberapa haiwan lain. - Daily Star.

Mike Tyson, Gorilla

Artikel Lain