suria

Gadis dibunuh kejam selepas maafkan kekasih gigit hidungnya

Alexandra bersama Myshdaev, teman lelaki yang membunuhnya dengan kejam.

SEORANG pekerja cuci kereta mengaku membunuh teman wanitanya menggunakan sebilah pisau, tukul dan juga kayu snuker.

Oleh Myshadaev, 20, sebelum ini tidak dipenjarakan selepas teman wanitanya, Alexandra Shaposhnikova merayu kepada hakim supaya tidak memenjarakanny atas kesalahan menggigit hidung mangsa.

Namun setahun kemudian, Alexandra ditemui mati di sebuah flat, rumah didiami mereka di Saransk, Rusia.

Sumber memberitahu Alexandra meninggal akibat kecederaan parah di kepala manakala mayatnya dibiarkan di bilik air selama dua hari.

Sebilah pisau, tukul dan kayu snuker ditemui di lokasi kejadian.

Lima botol minuman keras turut ditemui dengan salah seorang rakan wanita pasangan itu tertidur semasa insiden berlaku.

Kesan darah di lokasi kejadian.

Myshadaev memberitahu rakannya bahawa dia dan Alexandra bertengkar tetapi rakannya itu bergegas meninggalkan kediaman pasangan tersebut tanpa menyedari wanita tersebut sudah meninggal dunia.

Mahkamah memerintahkan penahanannya selama dua bulan kerana kes bunuh tersebut disiasat Jawatankuasa Penyiasatan Rusia.

Pada November 2017, Myshadaev menyerang Alexandra dalam sebuah parti dengan menumbuknya di muka selain bertindak menggigit hidungnya.

Semasa perbicaraan di mahkamah Myshadaev berkata dia gagal mengawal perasaan marah dan cemburunya.

Namun pada waktu itu Alexandra memaafkan Myshadaev yang dikenalinya di sebuah kolej muzik dan mereka kembali tinggal bersama.

Ekoran kematian Alexandra, Myshadaev mungkin berdepan hukuman penjara 15 tahun sekiranya didapati bersalah membunuh dengan niat. - Metro.co.uk

bunuh, teman wanita

Artikel Lain