suria

Karl Lagerfeld tinggalkan harta hampir RM700 juta, kucing belaan turut dinamakan sebagai pewaris

KEMATIAN pereka fesyen tersohor, Karl Lagerfeld pada Selasa menjadi tajuk utama media-media di seluruh dunia.

Selain memperkatakan legasinya, tidak ketinggalan khabar angin yang bertiup kencang mengenai pewaris harta pereka kelahiran jerman itu.

Menurut satu laporan, kucing peliharaan Lagerfeld yang diberi nama Choupette akan menjadi salah satu pewaris kepada hartanya yang bernilai lebih £150 juta (RM694 juta).

Choupette, seekor kucing baka Burma mula dibela oleh oleh Lagerfeld pada 2011.

Kucing itu menjadi selebriti media sosial apabila ia mengumpul lebih 100,000 pengikut di Instagram.

Malah, kucing tersebut turut dipaparkan dalam kempen fesyen pereka tersebut.

Selain Choupette, model Brad Kroenig dan anaknya, Hudson dikatakan bakal menjadi pewaris kepada harta-harta Lagerfeld.

Hudson mula bekerja dengan Lagerfeld sewaktu berusia dua tahun.

Model cilik itu pernah mencuri tumpuan ramai apabila dia tampil di pentas peragaan Chanel di Paris pada 2011.

Lagerfeld merupakan pengarah kreatif untuk jenama mewah Chanel dan Fendi. - Daily Mail.

 

Karl Lagerfeld, Chanel

Artikel Lain