suria

NASA upah saintis, beri biasiswa untuk pelajar universiti buru makhluk asing

NASA dilaporkan sedang menggerakkan sekumpulan saintis untuk memburu makhluk asing di planet-planet lain.

Pasukan baharu yang dinamakan Center for Life Detection Science (CLDS) itu ditugaskan untuk mencari jawapan mengenai misteri kewujudan makhluk berkenaan.

Selain pakar dari NASA, beberapa pakar dari agensi angkasa lain turut terlibat dalam misi itu.

"Kami sekarang ada kepakaran saintifik dan kejuruteraan untuk menjawab persoalan ini.

"Kami juga ada komuniti saintis yang turut bekerjasama untuk misi ini.

"Tak mudah untuk membuat carian di luar bumi. Kami perlu membangunkan stratergi untuk melakukan misi ini," ujar Tori Holher, ketua penyiasat CLDS.

Selain kumpulan saintis tersebut, NASA turut memberi dana dan biasiswa kepada Univerisiti Georgetown dan Universiti Teknologi Georgia untuk mengkaji topik sama.

Selain makhluk asing, mereka juga akan mengkaji kehidupan lampau di bumi bagi merungkai pelbagai misteri yang menjadi persoalan orang ramai. - Daily Mail.

NASA, Makhluk Asing

Artikel Lain