TUJUH puluh satu nama anggota tentera yang terkorban diabadikan dalam bentuk tatu pada badan seorang pemuda dari Sridungargar. Penghormatan unik itu diberikan kerana lelaki itu menghargai tindakan berani pasukan keselamatan itu mempertahankan negara. Turut tersenarai adalah seorang tentera yang terkorban ketika serangan pengganas di Pulwama baru-baru ini. Gopal Saharan berkata, 71 tatu pada belakang badannya itu sebagai tanda penghormatan dan menghargai anggota tentera India yang berkorban nyawa ketika menjalankan tugas untuk negara. Ahli kumpulan patriotik Briged Belia Bhagat Singh itu berkata, cara unik ini diharap dapat memberi inspirasi kepada umum.-IndiaToday