ANAK bongsu pasangan David dan Victoria Beckham mencuri tumpuan ramai sewaktu mereka sekeluarga ke pertunjukan fesyen. Harper, 7, kelihatan comel dengan gaya rambut sama seperti pengarang majalah Vogue, Anna Wintour yang duduk bersebelahan dia dan bapanya. Foto antara Harper dan Anna yang kelihatan seperti kembar pantas menjadi tular di laman sosial. Malah, David dan Victoria turut membuat posting gambar sama di laman Instastory masing-masing. Selain David, Harper dan Anna, kerusi hadapan pertunjukan fesyen itu turut dibarisi tiga abangnya, Brooklyn, 19, Cruz, 13 dan Romeo, 16. Foto itu dirakam sewaktu pertunjukan fesyen hasil rekaan Victoria di Minggu Feysen London. Pada January, Victoria berkongsi video anaknya yang mendapatkan potongan rambut itu. Ia dihasilkan oleh penata gaya, Luke Hersheson. - Page Six.