suria

Ibu berang anak lelaki berusia 4 tahun, berat 19kg dilabel punyai berat badan berlebihan

Hector berusia empat tahun dikatakan mempunyai berat badan berlebihan.Foto:BPM

SEORANG ibu terkejut apabila diberitahu anaknya yang berusia empat tahun berdepan dengan penyakit kencing manis tahap dua.

Hector Harvey,4, mempunyai berat badan 3st (19kg) aktif berenang dua kali seminggu dan juga berlari telah diberitahu oleh Perkhidmatan Kesihatan Nasional bahawa dia mengalamiberat badan berlebihan ketika menyertai program mengukur berat badan kanak-kanak.

Ibunya, Natalie,42, terkejut dengan maklumat itu menganggap bahawa program itu sebagai sistem berbahaya kerana boleh memberi kesan kepada kanak-kanak.

"Saya rasa seperti seorang ibu yang teruk dan fikir telah mengecewakan dia. Tetapi selepas itu saya fikir ia tidak masuk akal dan rasa marah.

"Dia mengikuti gaya hidup yang aktif, cara pemakanan teratur, jadi apabila menerima surat seperti itu sudah tentu akan timbul perasaan bercampur baur.

"Saya fikir sistem itu sudah ketinggalan zaman. Patutkah saya berasa bimbang apabila membaca surat yang mengatakan saya punca anak berisiko mendapat penyakit jantung?," jelasnya.

Natalie (kiri) bersama keluarganya. Foto: BPM

Hector memiliki ketinggian lebih kurang 92 sentimeter dikira bersama berat badan untuk mendapatkan BMI (Indeks Jisim Badan) dan turut merekodkan umur serta jantina.

Natalie berkata, anaknya itu ditimbang ketika pendaftaran kelas di sebuah sekolah November lalu, dan baharu mendapat surat tersebut.

"Jika kami hanya duduk di rumah dan hanya makan makanan segera, ia memang betul. Tetapi kami tidak begitu.

"Selepas sekolah dia pergi berenang dan setiap Ahad berlari di taman," tambahnya. - metro.co.uk

Lebih berat badan, kanak-kanak

Artikel Lain