SELEPAS melelong keperawanannya, seorang model dari Azerbaijan kini dilaporkan 'menyewakan dirinya' sebagai kekasih kepada pembida tertinggi demi pertukaran elaun bulanan sebanyak 30,000 pound (RM159,580). Model tersebut Mahbuba Mammadzada, 23, atau lebih dikenali sebagai Maria akan bertemu dengan pembida tertinggi itu yang juga seorang ahli politik dari Tokyo di sebuah hotel di Jerman. Maria berkata dia belum bercakap dengan pembida tersebut dan hanya melihat gambar lelaki berkenaan. "Walaupun saya perlu berjumpa dengannya lebih kerap untuk mendapatkan elaun bulanan, saya suka idea disewa sebagai kekasih jika seorang lelaki boleh menyokong kewangan saya setiap bulan. "Saya rasa hebat. Saya teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan pembida tersebut. Meskipun saya seorang model berjaya, mendapatkan wang dalam tempoh singkat ibarat impian menjadi kenyataan. "Kami belum berbual tetapi agensi beritahu saya dia (pembida) fikir saya seksi. Saya hanya fikir menjadi orang pertama adalah istimewa untuk lelaki. Saya yakin dia melihat saya sebagai satu simbol status. Saya boleh menanganinya," kata Maria. Terdahulu Maria dilaporkan menjual keperawanannya lebih 2 juta pound sterling (RM10.6 juta) kerana mahu membuatkan ibunya bangga dan agar mereka dapat melancong bersama ke merata dunia. Model berusia 23 tahun itu turut memiliki sijil perubatan yang mengesahkan dia masih lagi dara. - Mirror.co.uk