suria

Menyayat hati! Selepas setahun, ibu kongsi video bilik meletup ketika anak sedang bercakap depan kamera

RAKAMAN video menyayat hati menunjukkan seorang budak perempuan berusia 12 tahun sedang bersiap untuk menyertai pertandingan sorak sebelum biliknya meletup dan dia terbunuh.

Dalam video tersebut yang dirakam pada Februari tahun lalu, Linda Rogers nampak teruja untuk pergi ke pertandingan itu.

Keluarganya hanya menyiarkan rakaman itu pada tahun ini ketika genap setahun kematiannya.

Linda, dari Dallas, Texas berkata: "Selamat pagi semua. Sekarang pukul 6.02 pagi. Saya akan bersiap sedia untuk ke Persatuan Sorak Kebangsaan hari ini."

Kanak-kanak tersebut, yang terbunuh akibat letupan yang berpunca daripada kebocoran gas kemudian berkata: "Saya akan mulakan dengan rambut, hidupkan lampu kecil saya kerana saya tak mahu hidupkan semua lampu."

Linda terus bercakap mengenai rutin kecantikan, sambil meminta maaf kerana bercakap perlahan dan menjelaskan bahawa dia tidak mahu mengejutkan keluarganya yang sedang tidur.

"Saya minta maaf jika anda masih tak dapat dengar saya. Mereka semua sedang tidur."

Linda kemudian menukar tetapan kamera kepada mod rakaman berkelajuan tinggi sambil terus bersiap.

Tiba-tiba skrin menunjukkan percikan bunga api kuning menandakan biliknya terbakar, sebelum skrin bertukar gelap.

Keluarganya menjumpai iPhone milik Linda di celah-celah serpihan dan menemui video-video momen terakhir Linda sebelum mereka kehilangannya.

Selepas letupan itu, mereka menemui Linda di bawah serpihan dengan doktor berjuang untuk menyelamatkan nyawanya di hospital.

Mereka mahu mendermakan organ kepadanya tetapi para doktor berkata tubuhnya telah terlalu banyak melecur akibat letupan.

Keluarga Linda terselamat kerana kedudukan mereka jauh dari letupan dan dikelilingi oleh dinding dalaman yang melindungi mereka dari daya ledakan.

Menjelaskan bagaimana dia berdepan kematian anaknya selepas setahun, ibu Linda Maria Rogers memberitahu Dallas Morning News: "Ada masanya saya tidak merasakan kerosakan dalam badan. Saya hanya merasakan kesakitan hati."

Rogers dan keluarganya telah memfailkan tuntutan AS$1 juta terhadap Atmos Energy, yang bertanggungjawab terhadap saluran paip gas yang meletup. -MetroUK

rakaman, letupan, iPhone

Artikel Lain