suria

Upah penari bogel hiburkan rakan setugas bawa padah, pegawai kanan polis wanita dipecat 24 jam

SEORANG pegawai kanan polis wanita dipecat kerana mengupah penari bogel untuk menghiburkan rakan lelaki sepejabatnya.

Tindakan pegawai kanan itu dianggap memalukan profesionnya sebagai seorang polis yang sepatutnya menjadi contoh kepada orang ramai.

Wanita itu didakwa mengatur tarian bogel untuk detektif dibawah jagaannya.

Sebuah video memaparkan aksi tarian bogel di bandar Ulan-Ude, Rusia menjadi tular di media sosial dan pegawai kanan wanita itu dipecat dalam tempoh 24 jam.

Dalam pada itu beberapa pegawai kanan lain turut berdepan tindakan disiplin.

Seorang jurucakap polis berkata video tersebut yang tersebar di Instagram menunjukkan sebuah pesta diadakan sempena meraikan 'Hari Lelaki' di negara itu.

Anggota polis dilihat tersipu malu menyaksikan adegan mengiurkan itu.

Dalam video tersebut, seorang wanita yang hanya memakai pakai dalam berwarna hitam dan berstoking menari di hadapan polis yang berpakaian seragam penuh.

Ramai pegawai polis wanita dan lelaki dilihat tersipu-sipu malu menonton aksi tarian mengiurkan itu dengan ada diantara mereka berpura-pura tidak memberikan perhatian dengan makan kek.

Seorang lagi sumber polis memberitahu:"Pegawai kanan polis wanita itu hanya mahu bergurau dengan anggotanya.

Satu kenyataan daripada ketua penguatkuasaan undang-undang berkata siasatan dalaman sudah mengenal pasti individu yang menjemput penari bogel tersebut.

"Kebanyakan penyiasat kanan wanita dari Jabatan Polis di Kementerian Dalam Negeri Rusia di Ulan-Ude telah dipecat.

"Empat pegawai kanan lain ditegur kerana membuat keputusan tanpa berfikir panjang dan melanggar standard prestasi polid kerana membenarkan hiburan tersebut diteruskan. - Mirror.co.uk

polis, pecat, bogel

Artikel Lain