suria

Sewa bilik, tapi pelancong buat keputusan tidur atas 'awning'

-foto Facebook/Rawai EMS

SEORANG pelancong Estonia ditemui dalam keadaan tertiarap di tilam yang terletak di atas sengkuap (awning) bangunan.

Orang ramai yang prihatin segera menghubungi polis kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat kerana menyangka lelaki itu mungkin bertindak terjun dari atas bangunan dalam kejadian di daerah Mueang, Phuket, Thailand.

Bagaimanapun, apabila pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, mereka menyedari bahawa kebimbangan penduduk sebenarnya tidak berasas, lapor Khaosod.


Pelancong berusia 38 tahun, yang dikenal pasti sebagai Eerik Meister itu bukan terjun dari bangunan itu.

Sebaliknya dia hanya akan merasakan tidur di atas 'awning' adalah lebih baik justeru dia mengheret tilamnya keluar dan tidur di situ.

Meister dan seorang lagi rakannya, Marten Oksan, 25, dilaporkan menyewa di bangunan itu sejak Rabu lalu.

Pasangan itu, yang dikatakan menunjukkan kelakuan mabuk ketika dikejutkan turut menyebabkan kerosakan harta benda di dalam bilik mereka, polis memberitahu Matichon.

Kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Chalong di mana mereka didakwa mabuk dan merosakkan harta benda. Tiada jenayah berkaitan tilam yang disebut.

Mereka dilaporkan bersetuju untuk membayar semua ganti rugi sebelum pulang ke negara mereka, Selasa. -coconuts

sengkuap, Phuket, mabuk, awning

Artikel Lain