SEORANG wanita kembali ke Scotland setelah bercuti di Australia dan terkejut apabila menemui seekor ular bersembunyi di salah satu kasutnya. Moira Boxall mengeluarkan bagasinya selepas terbang sejauh 14,966 kilometer (km) dari Queensland ketika dia menemukan repotilia itu. Ular tersebut masih hidup dan melingkar di kasut miliknya.Haiwan itu turut dilihat bersalin kulit. Lapor Australian Broadcasting Corporation, reptilia itu kemudian dikenal pasti sebagai ular yang tidak berbisa dan ia merupakan baka yang biasa dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Menantu lelaki Boxall, Paul Airlie memberitahu rangkaian berita ABC, ketika Boxall membuka begnya dan melihat haiwan itu dia menyangka ia adalah ular mainan yang diletakkan untuk tujuan bergurau. Selepas kejutan tersebut, Boxall meletakkan kasut di taman dengan kotak di atasnya. Dia kemudian memanggil Airlie yang menghubungi RSPCA Scotland. Dia memberitahu ABC: "Dia (ibu mertua) berkata dia tidak begitu berminat untuk kembali dan melawat (Australia). "Tetapi saya rasa dia perlu memikirkannya dahulu." Ular itu kemudiannya dikuarantin di Scotland. - The Guardian