suria

Taiwan kelam kabut, 3D Google Maps dedah lokasi rahsia pangkalan tentera

LOKASI rahsia kewujudan pangkalan tentera Taiwan terbongkar secara tidak sengaja dalam carian Google Maps.

Susulan itu, Taiwan sedang berbincang dengan pihak Google untuk mengaburkan imej lokasi tersebut seperti mana tertera menerusi rangkaian peta 3D terbaharu.

Imej satelit di peta google 3D terbaharu memaparkan secara teliti struktur lokasi sebenar tapak rahsia operasi tentera Taiwan di Daerah Xindian, New Tapei.

Menurut sumber media tempatan, pendedahan itu menyebabkan infrastruktur pertahanan kawalan keselamatan nasional dan perisikan tentera juga terbongkar.

Selain itu, menurut sumber Central News Agency, struktur tersebut terbongkar selepas Google melancarkan fungsi peta 3D terbaharu pada minggu lalu di beberapa bandar seperti Taiwan, Taipei, New Taipei, Touyuan dan Taichung.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Taiwan, Yen Teh Fa berkata, pasukan khas telah dibentuk untuk bekerja bersama dengan Google bagi melindungi lokasi tapak rahsia tentera daripada menjadi sasaran Beijing, yang kini berdepan konflik.

Untuk memastikan pendedahan lokasi pangkalan tentera tidak memberi kesan kepada operasi ketenteraan Taiwan, kata Yen: "Sebenarnya infrastruktur ketenteraan ketika suasana aman tidak sama pada masa perang dahulu."

Malahan, ini bukan kali pertama Taiwan meminta pihak Google untuk membuat perubahan terhadap peta tersebut.

Pada 2016, Taiwan meminta Google untuk mengaburi sebahagian lokasi Kepulauan Taiping atau dikenali sebagai Itu Aba di Laut China Selatan yang menunjukkan empat struktur terbaharu di pesisir pantai barat negara itu.

Sehinggan kini, China melihat Taiwan sebagai sebahagian wilayah yang boleh disatukan semula, walaupun kedua negara tersebut diperintah secara berasingan sejak akhir peperangan pada 1949.

Sebelum ini, Beijing juga tidak teragak-agak untuk menggunakan kekerasan jika Taipei secara rasmi mengumumkan kemerdekaan, atau menggunakan campur tangan luar, termasuk Amerika Syarikat yang juga sekutu kuat Taiwan.-DailyStar


Google Maps, Taiwan, tentera

Artikel Lain