suria

9 cedera semasa guna eskalator di stesen tren

SEMBILAN orang cedera dalam kemalangan semasa menggunakan eskalator di sebuah stesen tren pada waktu puncak pagi Khamis, menurut pengendali tren Hong Kong.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, satu komponen melekat pada panel eskalator mengenai kaki beberapa penumpang eskalator di stesen Ngau Tau Kok.

Seorang kakitangan MTR menghentikan eskalator tersebut serta-merta sebaik tiba di tempat kejadian.

Penumpang yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

"Pihak stesen mengarahkan kontraktor yang bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan pada eskalator tersebut dan mengenal pasti punca kemalangan," kata seorang jurucakap MTR.

Beliau berkata, syarikat itu telah mengatur kakitangan untuk menziarahi mangsa-mangsa di hospital.

Pengendali tren dijangka bertemu dengan pemberita bagi memberikan butiran lanjut. - South China Morning Post

eskalator

Artikel Berikut

Priyanka-Meghan bukan lagi BFF?

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan