suria

Lelaki dipenjara, didenda RM460,000 gara-gara 'gatal tangan' gali artifak secara haram

Antara sumber arkeologi yang digali secara haram oleh Harrison.

SEORANG lelaki dari South Lake Tahoe di California, Amerika Syarikat dihukum penjara satu tahun dan satu hari serta diperintah untuk membayar $113,000 (RM460,000) sebagai ganti rugi kerana menggali dan mengeluarkan sumber arkeologi dari tanah awam.

Mahkamah mendapati Timothy Brian Harrison, 50, bersalah kerana melakukan penggalian haram di tapak arkeologi orang asli prasejarah Amerika.

Tapak itu terletak di tanah persekutuan di Alpine dan El Dorado, berhampiran Lake Tahoe.

Mengikut dokumen mahkamah, Harrison mengumpul puluhan ribu artifak purba daripada pelbagai tapak, hampir memusnahkan dua tapak arkeologi penting.

Pakar berkata tindakannya menyumbang kepada kehilangan maklumat yang unik.

Perwakilan daripada suku Washoee di California dan Nevada mengatakan perbuatan Harrison itu memadamkan masa lalu dan mengganggu keupayaan sukunya untuk mengajar generasi muda tentang sejarah dan budaya mereka. - Sacramento

arkeologi, artifak

Artikel Lain